AUG
12
0

"Tapi kitorang tak faham zina tu apa ek?”.

Sementara menunggu azan zohor dikumandangkan, dua anak ini bertanya kepada saya: "DKJ, kitorang ada belajar kat kelas yang zina tu haram dan berdosa besar. Tapi kitorang tak faham zina tu apa ek?".Wah, soalan yang sangat penting, tapi sukar juga untuk memberikan jawapan kepada anak kecil seusia mereka yang masih belum memahami perhubungan sebegini. Jadi saya cuba memberikan jawapan yang mungkin mudah untuk dijangkaui pemikiran mereka dan saya beritahu mereka zina tu antara 10 dosa paling besar dalam Islam.

Kemudian salah seorang daripada mereka bertanya: "Dalam Quran pun ada kata: Jangan dekati zina. Apa maksudnya ye? Macamana nak jauhi zina?"

Saya pun kongsikan sedikit dengan bahasa anak-anak apa yang Islam bimbing kita untuk jauhi zina daripada al-Quran dan al-Sunnah, antaranya: 

  1. Menggalakkan pernikahan dan menegah umatnya dari membujang selamanya. 
  2. Berpuasa bagi mereka yang belum berkemampuan untuk berkahwin. 
  3. Memelihara pandangan. 
  4. Menegah persentuhan berlainan jantina bukan mahram. 
  5. Menegah dari menarik apa-apa yang boleh menarik ke arah zina, misalnya tegahan buat wanita berwangi-wangian terhadap lelaki bukan mahram. Mengharamkan arak yang menghilangkan kewarasan akal. 
  6. Memupuk kasih sayang dan perhubungan yang harmoni di antara suami isteri.
  7. Membenarkan suami berpoligami jika ada maslahat tertentu. 
  8. Pensyariatan hudud.

Saya tahu mungkin mereka masih lagi belum jelas sepenuhnya, masih terkebil-kebil dan tersenyum-senyum. Tapi setidak-tidaknya saya ingin mendidik mereka supaya mereka tahu betapa besarnya dosa tersebut dan kesannya. Saya ingin mereka faham bahawa agama ini ada bimbingan dan penyelesaiannya. Tiada satu pun larangan di dalam agama melainkan Allah dan Rasul-Nya telah memberikan panduan untuk menjauhinya.

-Dr. Kamilin Jamilin- 

  619 Hits
AUG
12
0

Akademi Al-Khayr Open Day!

Jemput semua ke "OPEN DAY" Akademi Al Khayr esok dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. Mungkin ada yang masih berfikir-fikir atau yang masih belum ada rancangan untuk menyertai. Tiada masalah, datang sahaja dulu melihat-lihat suasana. Kalau berminat, boleh terus mohon kemasukan dan temuduga. Masih berbaki sedikit sahaja lagi tempat untuk pengambilan September. Insya-Allah tetamu semua akan merasai suatu kelainan Ahlan wasahlan !

  547 Hits
FEB
20
0

Anak-anak umpama pohon yang ditanam

Anak-anak umpama pohon yang ditanam. Jika kita bersungguh-sungguh menyuburkannya dan memeliharanya dari segala kerosakan, maka eloklah hasilnya dengan izin Allah. Manakala jika kita kerap mengabaikannya dengan tidak membaja tarbiahnya atau menyiram motivasinya dengan baik, maka kebiasaannya ia akan layu dan rosak.

Pada peringkat kanak-kanak sehingga awal remaja adalah fasa terbaik untuk mendidik sahsiah dan akhlak melebihi penumpuan terhadap akademik. Pembangunan karakter, jati diri, cinta ilmu dan persahabatan antara yang perlu diberikan perhatian pada fasa ini. Anak-anak ketika ini umpama tepung yang lembut untuk diuli dan dibentuk.Pada peringkat ini juga, kita masih belum mampu melihat buahnya, kerana ini merupakan fasa pucuk yang baru bertunas. 

Jangan tergesa-gesa untuk mengejar kecemerlangan akademik sebelum elemen jati diri benar-benar berakar dalam diri. Kecemerlangan akademik belum tentu menghasilkan generasi yang berakhlak dan berintegriti.

Kebijaksanaan tanpa akhlak hanya mendatangkan kerosakan kepada agama dan masyarakat.Biarkan mereka tumbuh dengan riang dalam suasana yang soleh.Biarkan mereka bahagia berdamping mesra dengan sang guru. Biarkan mereka belajar mencintai ilmu dan persekolahan 

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أو يُنَصِّرَانِهِ أو يُمَجِّسَانِهِ. 


"Tiada seorang pun yang lahir kecuali dia dilahirkan dalam keadaan suci (fitrahnya). Maka ibu bapanyalah yang mencorakkannya (sama ada) menjadikannya Yahudi, atau menjadikannya Kristian, atau menjadikannya Majusi" 

[hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]. 

  735 Hits

TAHFIZ ONLINE