FEB
20
0

Macamana Nak Hafal Cepat?

Macamana ye nak hafal cepat? Saya pun kalau boleh nak cuba habiskan hafalan 30 juz dalam setahun", tanya Aiman penuh semangat.  

"Jangan jangan jangan! Kalau ustaz boleh ulang balik masa, ustaz takkan buat macam dulu", saya menjawab.

"Sensei, saya dengar sensei dulu pernah hafal 18 mukasurat sehari dan boleh hafal satu muka tak sampai 10 minit? 

"Bukan SYARAT nak hafal al-Quran kena habiskan 30 juz. Kita nak kagumkan siapa hafal laju-laju? Kalau mampu apa salahnya. Tapi setiap orang berbeza daya hafalannya. Ada yang cepat hafal, tapi cepat lupa. Ada yang lambat hafal, tapi lambat pula lupa. Ada yang cepat hafal dan lambat lupa. Ada juga yang lambat hafal, cepat pula lupa. Itu bahagian masing-masing, tapi kita boleh asah daya hafazan kita perlahan-lahan.

Luangkan masa MENGULANG berganda lebih dari menghafal hafalan baru. Nak habiskan al-Quran memang mudah, tapi nak menjaga apa yang dihafal bahagian paling sukar. Lagi banyak kita hafal, lagi susah untuk kita jaga kalau kita tak istiqamah meluangkan masa.Apa yang penting, kita SERONOK bersama dengan al-Quran.

Kita latih daya hafalan kita supaya lebih tajam. Kita perlahan-lahan cuba memahami isi kandungan ayat yang kita hafal macam para Sahabat Nabi RA dulu buat. Tadabbur 10 ayat 10 ayat. Baca, ingat, faham dan amal.Jangan risau tentang berapa banyak kita hafal. Ustaz dah tengok ramai orang yang habis 30 juz, tapi lepas 3 bulan hilang hampir semua hafalan. Sayang kan lepas bersusah-payah sekian lama? Kita bukan hafal untuk jangka masa pendek, tapi jangka masa panjang. 

Suatu hari nanti, masing-masing akan sibuk dengan kerjaya, tugas dan komitmen masing-masing. Ketika itu, MASA menjadi ujian paling besar bagi penghafal al-Quran.Walau sekadar 3 juz pun yang kita hafal, sekiranya ianya meresap dalam sanubari kita dan membawa kesan positif yang panjang terhadap diri kita, itu lebih baik dari 30 juz yang dibangga namun lupa. Ingat, senang je nak jadi AL-HABIS, tapi susah nak jadi al-Hafiz".


-Dr. Kamilin Jamilin
Akademi Al Khayr

  671 Hits

TAHFIZ ONLINE